" Thanks for existing. I wish I could sit in the rain and let it wash all my worries away " E.H


facebook / instagram / twitter
← old new →
Life in PLKN : Part Four ❤
Friday, 6 March 2015
       
       CB or Character Building atau dalam bahasa melayu nya Pembinaan Karakter. Ada 6 kelas. Setiap kelas ada 4 kompeni sebab campur.

       Aku dapat kelas PK/CB 3 – JADE
Kelas yang best n sempoi giler r, Ada dua cikgu, Cikgu Nora & Cikgu Mie, best stay dalam kelas ni, kelas ni takde kerusi meja semua, duduk bersila buat bulatan ikut kumpulan kecil masing, best kot, senang nak buat aktiviti luas n kelas ni agak happening, walaupun sekejap je berlangsungnya kelas CB ni aku still akan ingat semua yang aku belajar dalam kelas tu dan kenangan manis bersama wira dan wirawati pk3.

       Dalam kelas ada peraturan asas yang semua orang KENA berjanji akan patuh. Masa sub modul 2 kalau tak silap cikgu suruh sorang2 bangun pergi depan pastu tandatangan kat satu kertas yang cikgu klip kat papan putih, kiranya tandatangan tu sebagai tanda akan patuh dengan semua peraturan asas. Oh ye, kelas CB memang macam korang masuk tadika lah cite dia, cikgu ajar nyanyi, ajar menari, kena buat gaya lah macam2, tepuk2 sayang lah cheer lagi, pastu bukak buku modul main magic pen, memang terasa cam budak2 balik.

SubModul 1 : Menampilkan yang Terbaik Dalam Diri Sendiri

          Sebelum kelas start, cikgu akan pasang lagu, so memang harapan r nak masuk lambat kan, tapi selalunya memang aku akan masuk awal. Pukul 8.20 dah kena berbaris dekat padang kawad lama, pukul 9 kelas start. Ada 3 lagu cikgu akan pasang Anugerah Terindah yang pernah ku miliki - Sheila On 7, Hijau - Zainal Abidin & Olympic Fair. Habis je lagu last tu cikgu akan tutup pintu, so siapa yang lambat tu memang cikgu akan tanya lah kenapa lambat, sepanjang kelas ni aku tak pernah lambat selalunya aku antara orang yang awal masuk kelas. 

          Kalau yang lambat pun, bar-bar jelah. Pastu cikgu bahagikan kelas kepada 6 kumpulan. Nak masuk kumpulan cikgu suruh sorang2 sebut 1,2,3,4,5,6 pastu ulang balik dari nombor 1 sampai lah habis, aku sebut nombor 5 so orang yang sebut nombor 5 kiranya satu kumpulan lah. Antara kumpulan2 yang wujud :

   -  Kental Membara,
   -  We Are Fire,
   -  Winner,
   -  The Blue Warrior,
   -  Jaguar Legend,
   -  Machi.

         Aku kumpulan Kental Membara. Ada 11 orang, pastu lama kelamaan ada sorang masuk so total 12, 6 wirawati 6 wira. Pastu cikgu bagi kertas n tag nama suruh tulis nickname la, so nama ahli kumpulan aku :

-Mad      -Efa   
-Sam      -Kimi
-Azim     -Anis
-Jiva       -Lyn
-Pejay     -Jia Hui
-Jun        -Ayuni

            Ok nampak tak aku tulis nama ada warna, warna tu melambangkan kompeni masing2 Alpha-Merah, Bravo-Biru, Charlie-Kuning & Delta-Hijau, paling ramai of course lah delta..  semua nama kumpulan nak bahasa inggeris, sampai group aku punya nama melayu, sedap kan nama group aku. hahaha, baru ada semangat. Nama group Kental Membara tu atas idea dan persetujuan semua.

            Pastu cikgu cakap pasal proses hidang makanan apebende ntah, time tu aku macam tak dengar sangat... tetiba kapten aku macam suruh angkat tangan, so adalah beberapa orang budak group aku angkat tangan so aku pun ikut sama angkat tangan... rupanya cikgu cari group mana yang nak voluteer jadi wakil kelas pk3 untuk proses hidang makanan kat dewan makan, ek eleh aku angkat tangan tapi tak tahu apabende, ingatkan apalah patutlah aku tengok budak group lain semua diam je tak angkat tangan, senang betul kerja cikgu tak yah nak suruh2...

           Yelah mana tak nya tetiba group Kental Membara angkat tangan cepat je. Proses hidang makanan ni ikut turn, satu group kecil akan mewakili setiap kelas, contohnya macam group Kental Membara mewakilkan kelas PK3. Benda ni macam pertandingan jugak lah antara kelas PK1 hingga PK6 sebab kena hidang makanan untuk 400 lebih wira dan wirawati, so 400 lebih orang tu akan bagi undian lah selepas proses hidang makanan, undian tu dibuat dalam kelas.


          Markah yang diberikan ialah 1 hingga 5 tapi ada jugak budak bagi markah 0, and of course lah markah 5 yang paling tinggi. Kumpulan aku punya turn hari ketiga, so boleh rilek2 lagi lah. Siapa yang masuk proses hidang makanan ni dikecualikan PT pagi, but yeah even though dapat excuse PT pagi I still have to woke up early in the morning, and I have to do a lot of work. Bayangkan nak serve 400 lebih, hahaha tapi takpe aku suka sebab ianya satu pengalaman yang menarik, serve pakai baju kelas pulak tu, errrr.


          Aktiviti dalam kelas ni banyak gak la, best2 pulak tu, setiap hari aktivti lain2, dia macam surprise la kau tak kan tahu apa yang akan jadi kat kelas besok, tapi seriously aktiviti paling boring gak la, bila cikgu suruh pandang belakang tengok video - Bermulanya Di Sini. Wah, time tengok video tu memang ramai wira n wirawati akan tidur termasuk aku, hahaha ada gak time episod best aku tengok la, tapi kalau dah mengantuk sangat memang aku akan sandar kat dinding pastu aku tidur, lagi2 bila cikgu tutup lampu. hahaha baguskan :D

        Aku paling suka aktiviti yang melibatkan kerjasama, time tu lah baru nampak teamwork group aku macam mana kan, then ada pulak persembahan, dia macam sketsa lah, time group sketsa ni tukar kumpulan, ahli yang sama ngn aku Mad je, tajuk dia pasal hormat menghormati, kat plkn ni kalau cikgu suruh buat something, memang sekejap je masa yang cikgu akan bagi so pandai2 lah cari masa untuk fikir nak buat camna kan, pastu semua kena terlibat, takde malu2 dah, malu letak tepi.


"Beri tepukan kepada diri sendiri"

"Cikgu Mie tepuk papan putih kuat2 (aku yang terlelap pun boleh terkejut)"

"Bagi tepuk2 sayang dekat kapten kamu pada hari ini"

"Semua berdiri , kita akan menyanyi dan menari ramai2"

"Cikgu nak tengok kamu bentuk bulatan yang paaaaaaaaaaling cemerlang"

"Cikgu nak kamu duduk dalam posisi badan aktif"

"Ketua kumpulan sila ke belakang, ambik kotak kumpulan kamu"

"Ketua kumpulan bangun, simpan kotak kumpulan kamu di belakang"

"Kumpulan mana sorakan paling semangat ... (Of course r kental membara)"



            Itu antara ayat cikgu Nora & cikgu Mie dalam kelas yang aku rindu hahaha, every group tiap-tiap hari akan tukar kapten, so setiap orang akan berpeluang menjadi kapten. Kerja kapten cukup senang - conduct mesyuarat kumpulan, cerita pasal perkongsian lah contohnya pastu ambil dan letak kotak kumpulan kat belakang, lebih kurang macam tu je, simple kan.

           Then tiap2 pagi kena buat pemetaan visual. Mula2 aku buat tu punyalah rajin. warna warni lak tu guna magic pen, bila dah last2 dah makin malas dah nak buat, time buat pemetaan visual ni aku suka cikgu pasang lagu kal ho na hoo instrumental punya, favourite kot lagu2 hindustan ni, rindu pulak.



SubModul 2 : Menampilkan yang Terbaik dalam Diri Orang Lain

          Okay untuk submodul 2 ni I thought we have to change the class, but still in the same class, same group pulak tu, luckily kelas aku cikgu tak tukar kumpulan kecil, kalau kelas lain ada la jugak yang tukar. Bukan apa aku dah selesa kot dengan group kental membara ni, okay la, start submodul 2, lagu before masuk kelas kali ni Gemuruh - Faizal Tahir, Punchcard - Sudirman & Olympic Fair. Tetiba rindu pulak dengan lagu submodul 1, selalu time start kelas aku akan nyanyi lagu hijau tu dalam kelas.


           So still dalam group Kental Membara. Ok dalam submodul ni semua orang kena ada buddyz & buddyz aku Ewu Jia Hui a.k.a Kambing, dari Petaling Jaya, ok r budak delta gak. Aktiviti dengan buddyz ni memang kena selalu bersama gak la, nak masuk kelas pun kena masuk sekali sebelum masuk kena buat sorakan buddyz dulu, haha macam budak2 tapi aku ok je, layan jelah kan lagi aku suka buat benda2 macam tu. Pastu ada aktiviti menjugel, memang hampeh la cite dia, aku mana pandai kot, tapi ada step dia r kena ikut, ada 10 step semua sekali, aku sampai step 5 je. Pastu kena menjugel depan kelas bersama buddyz masing2, haha malu letak tepi sebab bola jugel tu jatuh banyak kali kot yelah tetiba je cikgu cakap nak buat persembahan haritu, seriously surprise kot, nasib baik la aku ada berlatih malam tu, tah tetiba tergerak hati nak berlatih.


            Hurrmm, time ni kelas makin rancak dengan cheer nya lagi memang havoc gila lah ! tak pernah bosan duduk kelas ni lagi2 aktiviti makin banyak lagu pun makin banyak jugak aku pun dah start ngam dengan wira n wirawati. Dalam kelas aku selalu duduk bersandar di dinding sebelah mad, aku dengan dia banyak cakap gak la dalam kelas tu, bukan apa otak dia masuk air kot sama cam aku memang best r lepak ngn dia. kalau dia takde dalam kelas tu memang boring gak aku rasa.


            Persembahan submodul kali ni, pertunjukan bakat wahh macam2 persembahan kan, kat plkn ni memang kena get ready je apa yang kena buat. Group aku dah blur nak buat apa, mula2 nak buat sketsa tapi tak jadi, ada masa untuk buat perbincangan lah sebelum persembahan tu, aku lupa hari tu hari ahad or sabtu, rasanya sabtu, group aku ada buat perjumpaan kat dewan makan untuk bincang pasal persembahan bakat, aku paling lambat datang dewan makan tu, pening kepala tido lambat tapi at least aku datang gak, hehehe.


         Datang2 je diorang dah bincang n setuju nak buat persembahan nyanyi, hahaha aku ok je, lagu apa ??? lagu rasa sayang hey, ada 3 versi lak tu bahasa melayu, cina & india hmmm memang berbelit-belit lidah aku nak hafal lirik 2 bahasa tu, lagu kedua lagu atas bukit ada rumput. hahaha yang tu lagu masa pt pagi tak jadi buat sebab hujan. Agak panjang gak lagu dia aku tak hafal sangat, aku cuma cakap rumput yang cantik oiii...lagu kanak2 biasa la. Lepas dah bincang, set balik nak jumpa petang tu kat dewan makan, so petang tu aku orang first sampai haaa ambik ko awal giler kot, budak2 kelas lain pun sikit je yang datang, pastu budak group aku sorang demi sorang datang. Kitaorang practise nyanyi pastu susun kedudukan nak berdiri depan kelas tu. Gaya tak de buat sangat goyang kiri kanan je.

          Masa hari persembahan tu, datang kelas macam biasa pastu practice lah kejap sebab ada masa lagi, budak group aku melayu yang hafal lagu rasa sayang hey versi india and cina aku ngn azim je kot. diorang semua hafal lagu versi melayu n lagu atas bukit tuh. Turn kumpulan aku yang kelima, time persembahan first ke second, tetiba cikgu panggil nama Azim suruh pegi pejabat, pejabat dah lah jauh gila nak lalu tasik lagi.


           Bila turn kumpulan aku, cakap kat cikgu tak cukup orang, so kumpulan 6 -We Are Fire buat dulu, lepas habis kumpulan 6 Azim tak datang gak, so kitaorang pun buat jelah persembahan tanpa Azim, tapi yelah aku dengan dia je hafal versi cina n india, memang aku kena kuatkan suara lah time tu. Masa start nyanyi semua orang gelak kot, tak leh bla pastu lagu atas bukit tu ade yang salah lirik nak tergelak aku. masa nyanyi lagu versi cina india tu cikgu pun gelak sebab lawak. Diorang kata nama kumpulan je Kental Membara tapi nyanyi lagu kanak-kanak.


            Aktiviti lain pulak, ada permainan saya percaya,. :D ada buat kolaj impian & visi hidup, best ! aku nak present kat depan, tapi aku malu n tak berani hahaha, most of the students punya visi hidup - kahwin & keluarga bahagia :) of course lah kan, tapi cita-cita tu penting dari cinta.



SubModul 3 : Modul Budaya Kerja



            Wahhh rasa macam sekejap je, cepat gila kot masa berlalu pergi meninggalkan semua kenangan masa submodul 1 & 2. Aku still dalam group dengan ahli yang sama, tak tukar pun alhamdulillah. kali ni kena tubuhkan syarikat pulak, macam macam kan.

            Syarikat aku dinamakan Universe, Mad tak habis2 nak Avengers pastu dia bagi watak Hulk kat aku, bengong betul, syarikat aku just Universe je takde Sdn.Bhd, enterprise or trading. simple, logo syarikat aku cantik gak la gambar planet, hasil kerja semua orang gak, entah apa kitorang merepek time kena buat presentation video korporat, dah lah salah cakap pulak tu, sensitive jadi sensible... tapi aku tak faham asal sensitive, hahaha lyn, lyn.
Dalam modul ni, belajar tentang budaya kerja cemerlang, kena buat interview memang sakai gila r tapi best, time aku jadi interviewer, aku dengan ayuni, macam2 kitorang kenakan budak yang kena interview tu kesian takdelah macam2 sangat cuma soalan tu susah sikit je, haha tapi budak tu malu n tak de confident nak jawab sorry ye budak.


             Time aku kena interview, kena beratur kat luar ambik nombor, nasib baik dapat wirawati kalau dapat wira habis r soalan mengarut dia tanya, macam ayuni tu, dia dapat wira haha memang kena r, aku dapat dengan Kahwee & Jia yi. Hahaha , serius kot soalan dorang memang macam interview betul, nak compare time aku interview orang banyak gelak je tapi aku boleh jawab dengan lancar, soalan diorang kacang je bro. hahaha tapi diorang tanya slow sangat suara, aku asyik cakap haaahh ? can you repeat that questions ?


             Last day modul ni memang sedih, belajar tentang rahmat dan erti berterima kasih dan kesyukuran, lepas tu cikgu bagi sehelai kertas & suruh tulis surat untuk orang yang paling kitaorang rindu kat luar tu, ramai yang tulis untuk parents ---> termasuk aku and of course ramai yang menangis sebab rindu family and of course lah aku nangis gak sedih kot tulis surat untuk parents, dah lama tak jumpa mesti r rindu. Dah la nangis bertentangan dengan wira lak tu, aduh .. takpe lah, dorang pun ada jugak nangis tapi aku memang respect ah kalau lelaki mengalirkan air mata demi parents. Dalam kelas tu semua mata merah hahaha.


            Pastu lepas dah siap tulis surat aku dah sedih sangat sampai Mad tolong gam n lipatkan surat untuk aku, hahaha pastu ada la sorang wira group sebelah dia nampak aku nangis, dia suruh aku lap air mata haha, wat malu je. dia pun nangis gak aku nampak mata dia merah. Mad cakap kat aku jangan nangis, kena kuatkan semangat, sekejap je plkn ni, dah nak habis dah pun tinggal sebulan je lagi. Masa kelas akhir, detik perpisahan tu sedih gila kut, sebab tu aku tak suka jumpa orang baru, sebab aku takut bila berpisah nanti aku akan sedih. rasa macam dah lama sgt bersama, entahlah aku sayang sgt kelas PK3 ni dan aku sayangkan group KENTAL MEMBARA & UNIVERSE.


         And so, that's the end of our Character Buliding Module Class :) Bapak panjang aku tulis patutlah mengantuk.



Ini buku-buku modul sepanjang kelas pembinaan karakter ni.



Coming up next : Kelas Kenegaraan & Integrasi :)

layout by E. image from weheartit.